Cari @ Amanz

OnePlus kini sedia dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon mercu dibawah siri OnePlus 9. Selain itu, pengeluar peranti berkenaan juga turut dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan terbaru dibawah siri Nord.

Mengikut laporan Android Central, OnePlus dijangka memperkenalkan OnePlus Nord 2 pada suku kedua 2020 ini. Apa yang menariknya, telefon pintar ini akan dijana menggunakan MediaTek Dimensity 1200 – sekaligus menjadikan ia yang terawal menggunakan cipset selain Qualcomm.

Sebelum ini, OnePlus hanya menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon sahaja, dan peralihan ini akan menguntungkan lagi pihak MediaTek dalam terus meningkatkan keyakinan terhadap cip pemprosesan mereka.

Dengan info terbaru ini, kita mungkin mendengar lanjut berkaitan OnePlus Nord 2 ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd