Kemaskini: Anda juga boleh mendapatkan Redmi Note 10 pada harga RM699 dengan variasi 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.
Siri Redmi Note 10 akhirnya diperkenalkan secara rasmi dan ia hadir dalam dua pilihan berbeza untuk pengguna di Malaysia – iaitu Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro. Pengenalan kedua-duanya dilihat memeriahkan lagi pasaran peranti pintar masa kini, sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna.

Redmi Note 10 Pro menggunakan skrin 6.67-inci AMOLED DotDisplay dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dilengkapi cip Snapdragon 732G (8nm), memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 128GB (UFS 2.2) dan bateri berkapasiti 5020mAh dengan pengecasan 33W.
Tetapan kamera utama terdiri dengan 108-Megapixel (f/1.9) (sudut-lebar) + 8-Megapixel (f/2.2) (ultra-lebar) + 5-Megapixel (f/2.4) (Telemacro) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel (f/2.45). Spesifikasi lain termasuklah ā pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, NFC, IR Blaster, pelindungan IP53 dan sebagainya.

Untuk Redmi Note 10 pula, ia dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED DotDisplay. Seterusnya, ia dijana cip Snapdragon 678, GPU Adreno 612, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W. Kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (f/1.79) (sudut-lebar) + 8-Megapixel (f/2.2) (ultra-lebar) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro) + 2-Megapixel (f/2.4) (kedalaman). Kamera hadapan pula 13-Megapixel (f/2.45). Spesifikasi lain termasuklah ā sambungan port USB-C, pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm, IR Blaster dan sebagainya.
Bagi yang berminat, Redmi Note 10 ditawarkan pada RM799 (6GB+128GB) bermula 8 Mac 2021. Sementara itu, Redmi Note 10 Pro pula berharga RM999 (6GB+128GB) dan RM1,099 (8GB+128GB). Jualan untuk Redmi Note 10 Pro akan bermula 15 Mac 2021. Anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza ā seperti Lazada, kedai rasmi atau pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.