Redmi Note 10S Dan Note 10 5G Turut Diumumkan Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada Mac 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Redmi Note 10 dan Note 10 Pro, Xiaomi turut hadir dengan dua lagi peranti di bawah siri yang sama. Dikenali sebagai Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G, kedua-duanya diumumkan secara rasmi untuk pasaran global. Namun begitu, ia tidak pula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Redmi Note 10S

Redmi Note 10S dilihat berkongsi sejumlah spesifikasi yang hampir sama seperti Redmi Note 10. Perbezaan ketara hanya pada tetapan kamera utama dan cip pemproses. Di mana Redmi Note 10S menggunakan cip MediaTek Helio G95 dan kamera utama dengan sensor 64-Megapixel (Sudut-lebar) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman).

Untuk spesifikasi lain, Redmi 10S menggunakan skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED DotDisplay. Selain itu, ia dibantu oleh memori berasaskan LPDDR4X, storan dalaman berasaskan UFS 2.2, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 33W dan kamera hadapan 13-Megapixel untuk tangkapan gambar swafoto atau panggilan video.

Redmi Note 10 5G pula hadir dengan paparan 6.5-inci AdaptiveSync DotDisplay dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dilengkapi cip MediaTek Dimensity 700, kapasiti bateri 5000mAh dengan pengecasan 18W. Kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (sudut-Lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Untuk harga, Redmi Note 10S ditawarkan pada harga bermula €229 (~RM1117) untuk model 4/64GB, €249 (~RM1,215) untuk model 6/128GB dan €297 (~RM1449) untuk model 8/128GB. Sementara itu, Redmi 10 5G (4GB + 64GB) pula berharga €199 (~RM971) dan variasi 4GB +128GB pula berharga 229 (~RM1117).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami