ByteDance Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Seperti Clubhouse Untuk Pasaran China

Diterbitkan pada Mac 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Orang ramai mengenali ByteDance sebagai sebuah syarikat teknologi disebalik aplikasi media sosial video pendek TikTok dan juga Douyin, diantara aplikasi-aplikasi terbesar pada tahun lepas.

Selepas Clubhouse diharamkan di China, terdapat sejumlah aplikasi yang dibangunkan yang boleh dikatakan hampir sama dengan aplikasi tersebut, tetapi sumber-sumber dalaman di ByteDance mengatakan bahawa mereka juga sedang membangunkan aplikasi seperti Clubhouse khusus untuk pengguna di negara tersebut.

Pembangunan aplikasi seakan Clubhouse ini boleh dikatakan menarik khususnya kerana penapisan kandungan atas talian di China cukup ketat sekali, dan kerajaan negara tersebut pastinya mahu mengetahui tentang jenis-jenis perbincangan yang dilakukan pada sebarang platform seperti ini.

Butiran khusus mengenai aplikasi ini masih tidak diketahui buat masa ini, mungkin kerana ia masih lagi berada didalam fasa perbincangan ataupun pembangunan awal.

Oleh kerana populariti jenis aplikasi ini, isu terbesar yang bakal membelenggu syarikat-syarikat pembangunnya, kecuali mungkin ByteDance ialah skala pengguna, khususnya kerana rakyat China merupakan pasaran tunggal terbesar di dunia.

Pelbagai syarikat telah cuba untuk membangunkan aplikasi yang sama, tetapi isu terbesar mereka biasanya ialah fungsi yang tidak cukup berkualiti, dan ketidakmampuan untuk meningkatkan skala pengguna melebihi suatu tahap.

Ia dijangka bahawa apabila ByteDance membangunkan aplikasi mereka sendiri, mereka boleh menggunakan infrastruktur TikTok dan Douyin untuk terus menjadikan aplikasi ini sebuah platform yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai tanpa perlu menunggu jemputan pengguna-pengguna lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami