Carian
Google Mempercepatkan Pengenalan Versi Chrome – Kini Versi Baru Setiap 4 Minggu
March 5, 2021 Aman

Google hari ini mengumumkan mereka akan mempercepatkan lagi pembangunan dan pelancaran versi baru pelayar web Chrome mereka. Jikalau sebelum ini versi baru diperkenalkan setiap enam minggu sekali, melalui perubahan baru ini, versi baru Chrome akan diperkenalkan setiap 4 minggu sekali.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi kemaskini sekuriti diperkenalkan dengan pantas, disamping pengenalan ciri-ciri baru pada pelayar web berkenaan.

Pengenalan kemaskini yang lebih pantas ini akan dilakukan mulai Chrome 93 yang disasarkan pada suku ketiga 2021 kelak.

Apa pun, untuk pengguna perusahaan, Chrome akan ditawarkan dalam pilihan “Extended Stable” yang menawarkan kemaskini baru setiap lapan minggu sekali.

Komen