Realme C21 Kini Rasmi Dengan Harga RM499 – Bateri 5000mAh, Mikro-USB

Diterbitkan pada Mac 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Malaysia kini telah melancarkan telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Realme C21. Ia hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan ditawarkan pada harga RM499 di Malaysia.

Realme C21 hadir dengan skrin 6.5-inci bertakuk kecil dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek Helio G35, memori 3GB RAM dan storan 32GB.

Ia turut hadir dengan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 10W. Realme C21 menggunakan pengecasan berasaskan mikro-USB.

Untuk rakaman gambar, Realme C21 menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor 13MP + 2MP + 2MP, sementara kamera swafoto 5-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM499 di Malaysia hari ini.

Beli : Realme C21

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami