Cari @ Amanz

Nubia kini telah memperkenalkan satu lagi telefon memfokuskan permua untuk pasaran China, iaitu Red Magic 6. Ditawarkan dalam dua variasi, iaitu Red Magic 6 dan juga Red Magic 6 Pro. Kedua-duanya hadir dengan sokongan skrin pada kadar segar semula 165Hz.

Red Magic 6 hadir dengan skrin 6.8-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 165Hz, cip pemprosesan Snapdragon 888, storan 128GB dan hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM.

Melengkapkan ia adalah bateri 5050mAh dengan pengecasan 66W untuk versi biasa, sementara Red Magic 6 Pro hadir dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera 64-megapixel bersama 8-megapixel ultra-lebar dan juga 2-megapixel makro. 

Dengan fokus terhadap permua, ia turut hadir dengan sokongan penyejukan ICE 6.0 Multi-dimensional Cooling System.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan di China sahaja, dan pelancaran global untuknya dijangka berlangsung pada 16 Mac 2021.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd