TLDM Melakar Sejarah Dengan Pembentukan Skuadron Dron Pertama Negara

Diterbitkan pada Mac 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di bawah program Maritime Security Initiative, Amerika Syarikat memberikan 12 dron Insitu ScanEagle kepada Malaysia. Dron ini digunakan untuk melakukan tinjauan dan pemantauan dari jarak jauh. Unit pertama dron tiba ke Malaysia Mei tahun lalu dan semalam Tentera Laut Diraja Malaysia melakar sejarah dengan pembentukan skuadron pertama pesawat tanpa pemandu UAV.

Foto : The Borneo Post

Skuadron 601 adalah berpangkalan di TLDM Sepanggar dan akan mempunyai 12 dron. Buat masa ini hanya enam telah diterima dengan selebihnya akan diterima pada tahun ini. Untuk waktu ini dron akan dilancarkan dari darat terlebih dahulu bagi membiasakan anggota mengendalikannya sebelum ia kemudiannya dilancarkan dari geladak kapal TLDM. Kesemua dron ScanEagle yang diberikan ini digunakan untuk tujuan pemantauan dan tidak berkemampuan membawa sebarang senjata.

Selain digunakan oleh TLDM, ScanEagle turut boleh digunakan oleh cabang angkatan tentera dan agensi lain di Malaysia untuk tujuan pemantauan. Di bawah program Maritime Security Initiative, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam menerima ScanEagle dari Amerika Syarikat.

Insitu ScanEagle boleh diterbangkan dari geladak kapal menggunakan sistem lentingan. Ia kemudian ditangkap dari udara menggunakan sistem penyangkut. Ia turut boleh terbang selama 20 jam berterusan, jarak operasi sehingga 100 kilometer dan kelajuan maksimum 150 km/j

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami