Carian
AMD
AMD Mengesahkan Komputer Riba Dengan AMD Radeon RX 6000 Akan Tiba
March 5, 2021 Nazrin

AMD telah melancarkan model kad grafik AMD Radeon RX 6700 XT dua hari yang lalu untuk penggemar gaming yang inginkan sebuah kad grafik berprestasi tinggi yang tidak begitu mahal berbanding dengan kad-kad grafik RDNA2 lain yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Disamping pelancaran kad grafik tersebut, AMD turut mengesahkan bahawa komputer-komputer riba dengan siri kad grafik AMD Radeon RX 6000 tidak lama lagi.

AMD biasanya dikenali untuk menjenamakan semula GPU-GPU mereka dengan model-model mereka, tetapi nampaknya kali ini, mereka akan memperlihatkan cip grafik RDNA2 pada komputer-komputer riba ini.

Komputer riba dengan cip grafik RDNA tahun lepas agak terhad, dan hadir dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, tetapi oleh kerana cip grafik RDNA2 baru ini dilihat boleh berlawan dengan cip grafik NVIDIA Ampere, kita mungkin akan melihat pertarungan yang sengit diantara kedua-dua syarikat ini didalam pasaran komputer riba gaming tidak lama lagi.

Komen