Cari @ Amanz

Snapdragon Sound Menjanjikan Integrasi Perkakasan Dan Perisian Audio Yang Baik Pada Multi Peranti

Link Copied!

Terdapat terlalu banyak aksesori audio dan peranti yang menyokongnya di pasaran. Jika dilihat pada spesifikasi, kesemuanya menyokong pelbagai format yang menjanjikan pengalaman audio yang baik. Tetapi pembaca sendiri pasti menyedari tidak semua teknologi disokong pada peranti yang dimiliki. Oleh itu Qualcomm mengumumkan Snapdragon Sound awal pagi tadi.

Snapdragon Sound ialah platform teknologi audio yang menyokong kesemua perkakasan dan perisian yang dibangunkan oleh Qualcomm. Integrasi yang lebih baik antara kedua-duanya menurut Qualcomm akan memnberikan pengalaman audio yang terbaik tanpa mengira peranti yang digunakan.

Di bawah payung Snapdragon Sound ialah cip Snapdragon 888, cip audio (QCC514x, QCC515x dan QCC3056), sistem pembatalan hingar aktif, aptX Adaptive, aptX Voice, Qualcomm TrueWireless Mirroring, dan Fastconnect 6900.

Peranti yang melepasi piawaian Snapdragon Sound akan mempunyai pelekat di luar kotak yang mengesahkan keserasian ia digunakan sesama sendiri. Kerana keperluan Snapdragon 888 di sini, nampaknya sebilangan kecil sahaja telefon pintar di pasaran yang menyokong Snapdragon Sound pada waktu ini.


Komen ()