Cari @ Amanz

RTM Menguji Siaran Saluran Baharu – TV6

Oleh Aman

Link Copied!

Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini dilihat sedang menguji sebuah saluran baharu bermula Mac ini, iaitu saluran TV6.

Buat masa ini, ia ditawarkan dalam bentuk siaran percubaan antara pukul 7 pagi sehingga 12 tengah malam. Bagi anda yang menggunakan MyFreeView, siaran pada saluran  113, dan menawarkan siaran pada resolusi HD.

Saluran RTM TV6 ini menyiarkan kandungan berbentuk filem, drama dan hiburan rencam buat masa ini, dan lebih memfokuskan kepada kandungan retro tempatan.

RTM dijangka memperkenalkan saluran baru ini sempena dengan ulang-tahun ke-75 yang akan disambut pada 1 April hadapan. Buat masa ini, RTM mempunyai beberapa saluran dibawah mereka, termasuk TV1, TV2, TV Okey, RTM Sports dan juga Berita RTM.


Komen ()