Cari @ Amanz

Vertu Ayxta Fold 5G Ialah Telefon Skrin Boleh-Lipat Yang Sebenarnya Flexpai Yang Dikitar Semula

Link Copied!

Masihkan anda ingat dengan Vertu? Jenama peranti yang sinonim dengan kemewahan dan citarasa eksklusif golongan T1 ini telah gulung tikar pada tahun 2017. Mereka kemudiannya kembali selepas hak penggunaan nama dilesenkan kepada TCL.

Di China Vertu Ayxta Fold 5G telah dilancarkan sebagai telefon skrin boleh-lipat pertama mereka. Mengekalkan identiti mewah, Axyta Fold 5G mempunyai kemasan kulit dengan pilihan kulit buaya bagi mereka yang inginkan kemasan yang lebih eksotik. Selain itu dari segi perisian, terdapat perkhidmatan concierge mewah untuk pelanggan yang memerlukan bantuan pada bila-bila masa.

Sekiranya rekaan Ayxta Fold 5G pernah anda lihat sebelum ini, ia adalah kerana peranti ini hanyalah Royole Flexpai 2 yang dikitar semula. Taktik Vertu kini mirip yang dilakukan oleh Caviar. Ambil peranti lain, berikan kemasan mewah sebelum menjualnya pada harga yang lebih premium.

Oleh itu ia masih lagi menggunakan skrin 7.8″ FHD+ bernisbah 4:3, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4450 mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Tri-kamera utama menggabungkan sensor 64+12+8+32 megapixel. Lensa sudut lebar dipadankan dengan sudut ultra lebar, telefoto dan potret. 

Di China, Vertu Ayxta Fold 5G dijual pada harga bermula RMB 45,850 (~RM28,811) untuk model asal dan mencecah RMB 68800 (~RM43,280) untuk model yang lebih mewah.


Komen ()