Cari @ Amanz

Bagi peminat genre rock, Marshall ialah jenama yang cukup sinonim dengan pemain gitar hebat seperti Slash dan Samad. Sejak lima tahun kebelakangan ini mereka menggunakan kepakaran audio mereka untuk menghasilkan speaker dan fon kepala. Kini mereka memasuki pula arena fon telinga nirwatar TWS.

Marshall Mode II ialah fon telinga nirwayar pertama mereka tetapi menjanjikan audio yang terang, bass yang lantang dan treble yang rangup. Pemandu audio yang digunakan ialah sebesar 6mm tetapi tiada sokongan pembatalan hingar aktif (ANC). Namun begitu Marshall menyertakan mod transparensi yang membolehkan muzik luar didengari untuk bercakap.

Pada logo Marshall di bahagian sisi. Dengan pad kawalan sesentuh ini pengguna boleh mengawal muzik serta menyeru pembantu maya digital. Fon telinga ini juga mempunyai ketahanan kalis air sehingga IPX4 yang membolehkannya digunakan untuk aktiviti sukan. Sementara itu bekas simpanan merangkap pod pengecasnya pula mempunyai kemasan seakan kulit yang digunakan pada kesemua produk Marshall.

Dengan sekali caj Mode II boleh beroperasi sehingga 5 jam dan sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecas. Pengecasan semula pula adalah menerusi port USB-C atau secara nirwayar. Tambatan kepada peranti adalah menerusi bluetooth 5.1. Akhir sekali Mode II hanya dijual dalam warna hitam pada harga $179 (~RM730) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd