Cari @ Amanz

Tahun ini Porsche Taycan telahpun dilancarkan sebagai model Taycan yang paling mampu milik keluaran Porsche. Dengan kejayaan kereta elektrik mereka setakat ini, Porsche mengembangkan lagi keluarga Taycan dengan menambah model Cross Turismo pula.

Porsche Taycan Cross Turismo ialah kenderaan crossover dengan pacuan empat roda elektrik. Empat model ditawarkan iaitu Taycan 4 Cross Turismo, Taycan 4S Cross Turismo, Taycan Turbo Cross Turismo dan Taycan S Turbo Cross Turismo. Perbezaan terletak pada output kuasa di antara 390 hingga 750 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum sehingga 260 km/j. Jarak operasi pula adalah sehingga 327 km untuk model biasa dan 309 km pula pada model Turbo.

Perubahan paling besar pada model Cross Turismo ialah tubuh yang lebih panjang dan atap lebih landai. Ia mengingatkan kami kepada rekaan Porsche Panamera. Dengan rekaan memanjang ini terdapat aksesori tambahan rak pada bahagian bumbung dan rak basikal pada bahagian belakang.

Dengan aksesori tayar dan mod jalar kelikir (yang meningkatkan ketinggian gantungan) Taycan Cross Turismo boleh digunakan pada jalan tidak berturap dan juga kawasan bersalji. Harga jualan bermula dari $103,800 (~RM423,000) dan meningkat ka $187,610 (~RM764,000).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd