Huawei sedia membangunkan sistem operasi mereka tersendiri, dinamakan sebagai HarmonyOS. Terbaru, bercakap mengenainya, ketua bahagian perisian Huawei menekankan sekali lagi yang mana pengeluar lain turut terbuka untuk menggunakan sistem operasi Harmony OS.
Harmony OS atau turut dikenali sebagai Hongmeng di China, dibangunkan berasaskan kod sumber terbuka, dan turut menawarkan pengalaman seumpama Android.
Huawei sedia mengatakan Mate X dan beberapa telefon mercu lain akan menerima kemaskini Harmony OS ini bermula bulan April ini.
Dengan membukanya kepada pengeluar lain, ia sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakannya, dan menjadikan Harmony OS sebagai sistem operasi ketiga terbesar di dunia, dan mencabar Android dan juga iOS.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah pengeluar telefon pertama yang akan menggunakan Harmony OS selain Huawei.