Samsung Galaxy A72 Akan Mempunyai Ciri Peranti Mercu Space Zoom 30X Dan Dolby Atmos

Samsung Galaxy A72 Akan Mempunyai Ciri Peranti Mercu Space Zoom 30X Dan Dolby Atmos

Diterbitkan pada Mac 8, 2021 oleh .

Siri Galaxy A sejak dari dahulu lagi menjadi medan Samsung melakukan eksperimentasi dengan ciri-ciri baharu yang sebelum ini hanya ditemui pada peranti kelas mercu. Hari kesemua spesifikasi dan ciri yang bakal diperkenalkan pada Samsung Galaxy A72 telahpun tertiris menerusi ciapan TechTalkTV.

Peranti ini disahkan akan mempunyai kamera utama dengan 3X zoom optikal dan zum digital Sapce Zoom sehingga 3X. Peranti turut akan dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED FHD+ 90Hz, dijana cip Snapdragon 720G, memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB, dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W.

Kamera utama pula 64+12+8+5 MP menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, telefoto dan makro sementara kamera hadapan pula sebesar 32MP. Kamera utama turut mempunyai sistem OIS lengkap dengan ciri penuras Snapchat secara terbina pada aplikasi kamera.

Dari segi audio pula, Galaxy A72 juga dilengkapi sepasang pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos. Seperti ciri Space Zoom, ini juga pertama kali sistem stereo Dolby Atmos muncul pada siri Galaxy A. Tiada lagi maklumat tentang bilakah peranti akan dilancarkan tetapi dengan maklumat telahpun tertiris sepenuhnya ia pasti berlaku dalam masa yang terdekat.


Paling Popular