Bermula 2021, Peranti Nokia Akan Menggunakan Nama Baharu Bagi Mengelakkan Kekeliruan

Bermula 2021, Peranti Nokia Akan Menggunakan Nama Baharu Bagi Mengelakkan Kekeliruan

Diterbitkan pada Mac 8, 2021 oleh .

Sejak kembali semula ke pasaran telefon pintar empat tahun lalu, Nokia menggunakan nama peranti berasaskan nombor dan titik perpuluhan untuk menunjukkan ia model baharu. Sebagai contoh Nokia 7.1 ialah model kemas kini kepada Nokia 7 dan akan kemudiannya digantikan dengan Nokia 7.2. Walaupun ia masuk akan, sistem ini masih menimbulkan kekeliruan kepada pengguna di luar sana.

Oleh itu pada tahun ini Nokia mungkin akan menukar nama yang digunakan pada peranti bagi mengelakkan kekeliruan. Menurut peniris maklumat Nokibar, tahun ini Nokia akan kembali menggunakan penamaan berasaskan abjad dan nombor. Sebagai contoh telah tertiris Nokia G10 sebelum ini. Pada tahun hadapan peranti kemas kini akan menggunakan nama G10-01.

Adakah ini penamaan yang lebih mudah difahami? Kami rasakan ya keran siri E dan N pernah suatu ketika dahulu memberitahu ia adalah peranti kelas mercu. Penggunaan nombor sahaja adalah sedikit mengelirukan. Sejauh mana kebenaran ura-ura ini akan diketahui apabila Nokia melancarkan peranti baharu mereka sepanjang 2021.


Paling Popular