Microsoft nampaknya bakal mengemaskini kesemua platform-platform mreka supaya ia menggunakan pelayar web versi Chromium tidak lama lagi, dan ini termasuklah untuk konsol-konsol permainan video mereka, Microsoft Xbox Series X dan Series S.
Konsol tersebut kini menggunakan pelayar web Edge yang asal, tetapi oleh kerana sokongannya akan dihentikan tidak lama lagi, Microsoft telah mula menguji penggunaan pelayar web Chromium pada konsol tersebut melalui fasa ujian Alpha Skip-Ahead untuk konsol-konsol tersebut.
Apa yang menarik mengenai pelayar web Edge Chromium ini ialah sokongannya untuk pelbagai platform web yang lain, misalnya seperti Skype, Discord, mahupun perkhidmatan penstriman permainan video Google Stadia.
Ya, dengan pelayar web Edge Chromium yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft, mereka yang mempunyai langganan Google Stadia juga boleh menggunakan konsol Xbox mereka untuk menggerakkan permainan pada platform tersebut.
Sokongan untuk pelayar web Edge yang asal akan ditamatkan pada 9 Mac dan tidak lagi akan ditawarkan oleh Microsoft pada bulan April kelak.