Kemaskini Peranti Anda Ke iOS 14.4.1 Dan macOS 11.2.3 Segera Bagi Menampal Kerentanan WebKit
March 9, 2021
Sekiranya anda memiliki peranti Apple, sila muat turun kemas kini terkini sistem operasi anda pagi ini bagi menampal kerentanan sekuriti yang ditemui pada WebKit. Pada iPhone muat turun iOS 14.4.1 dan pada komputer pula muat turun macOS 11.2.3.

Kemas kini mengejut ini perlu dimuat turun segera kerana kerentanan pada WebKit yang digunakan pada pelayar web Safari membolehkan pihak tidak bertanggungjawab melancarkan kod pada peranti milik anda menerusi pelayar web. Kerentanan ditemui oleh penyelidik di Microsoft dan Google. Pada iOS saiz kemas kini ialah sebesar 127.7 MB sahaja.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.