MWC Barcelona Akan Diteruskan Jun Ini Dengan Sasaran 50,000 Pelawat

Diterbitkan pada Mac 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu apabila MWC Barcelona dibatalkan pada penghujung Februari, dunia masih belum menyedari betapa seriusnya wabak Covid-19. Di saat akhir GSMA membatalan MWC Barcelona walaupun ia mengakibatkan kerugian yang tinggi. Tahun ini tempat MWC Barcelona diambil alih oleh MWC Shanghai yang baru sahaja berakhir.

Moto MWC 2017

Kini GSMA mengesahkan kepada Bloomberg acara MWC Barcelona akan diteruskan pada bulan Jun kelak dengan sasaran sehingga 50,000 pelawat. Angka ini nampak tinggi tetapi sebenarnya lebih rendah dari lebih 100,000 pelawat dari tahun 2019. MWC Shanghai yang berlangsung bulan lalu berlangsung dengan selamat tanpa sebarang kes Covid-19 walaupun dihadiri hanya 17,000 pelawat sahaja.

Kejayaann ini memberikan GSMA keyakinan untuk meneruskan MWC Barcelona yang menjadi acara telefon pintar terbesar dunia. Sebagai langkah keselamatan, pelawat perlu mengesahkan diri mereka negatif dari wabak sebelum dibenarkan masuk ke dalam Fira Gran Via yang menjadi tempat acara diadakan. Kemudiannya pemeriksaan perlu dilakukan setiap tiga hari. Ini akan dilakukan di tapak acara tetapi GSMA turut merancang untuk mengadakannya di hotel untuk mempercepatkan proses.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami