Siri Oppo F19 akhirnya diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran India. Terdapat dua model berbeza yang diperkenalkan – termasuklah Oppo F19 Pro dan Oppo F19 Pro+. Kedua-duanya dilihat mempunyai nilai tambahan tersendiri untuk pengguna – baik dari segi dalaman mahupun luaran.
Oppo F19 Pro+ 5G dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 800U, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4310mAh dengan pengecasan 50W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (Mono). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada paparan, sistem operasi Android 11, dua pilihan warna iaitu Fluid Black atau Space Silver dan banyak lagi.
Oppo F19 Pro pula menggunakan skrin 6.43-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Selain itu, ia juga dilengkapi cip MediaTek Helio P95, memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4310 mAh dengan pengecasan 30W.

Terdapat juga kuad kamera utama yang terdiri daripada lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan mono. Oppo bagaimanapun, tidak berkongsi lanjut mengenai saiz megapixel untuk kamera utama ini. Kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel.
Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari terbina dalam skrin, bicu audio 3.5mm, sistem operasi Android 11 dan sebagainya. Jika diperhatikan dengan teliti, rekaan dan sejumlah spesifikasi pada Oppo F19 dilihat miripseperti Oppo A94 yang dilancarkan di China, tempoh hari.

Untuk harga, Oppo F19 Pro dijual pada harga bermula INR21,490 (~RM1211). Sementera itu, Oppo F19 Pro+ 5G pula berharga INR25,990 (~RM1,464). Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran India terlebih dahulu.