Cari @ Amanz

OnePlus Mengesahkan Bakal Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Pembelian

Oleh Aman

Link Copied!

CEO OnePlus kini mengesahkan melalui forum rasmi OnePlus, mengatakan pembelian telefon baharu akan turut hadir dengan pengecas secara terbina.

Perkongsian ini hadir disebabkan spekulasi pengguna mengatakan OnePlus mungkin mengikut jejak Apple dan Samsung yang membuang pengecas dalam mengalakkan penggunaan semula pengecas, dan mengurangkan beban terhadap alam.

OnePlus sebelum ini telah mengumumkan bakal melancarkan OnePlus 9 secara rasminya pada bulan ini, dan model berspesifikasi tinggi turut akan hadir dengan teknologi kamera Hasselblad.


Komen ()