Amerika Menyenarai-Hitam Xiaomi Kerana Anugerah Yang Diterima CEO Xiaomi

Diterbitkan pada Mac 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada Januari lepas, kita telah melihat Xiaomi ditambah dibawah senarai entiti Amerika Syarikat, sekaligus menghalang sebarang pelaburan dilakukan pada syarikat berkenaan.

Terbaru, melalui pemfailan mahkamah, Amerika Syariikat memperlihatkan sebabnya – dimana ia disenarai-hitamkan disebabkan oleh anugerah yang diterima oleh pengasas dan juga CEO Xiaomi, iaitu Lei Jun.

Lei Jun, sebelum ini telah menerima anugerah daripada Kementerian di China, untuk anugerah “Outstanding Builder of Socialism with Chinese Characteristics”.

Disebabkan oleh itu, Amerika Syarikat telah menambah Xiaomi dibawah senarai entiti – sekaligus membuatkan tiada sebarang pelaburan boleh dilakukan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami