Cari @ Amanz

Potensi dron sebenarnya lebih menyerlah dalam penghantaran barangan berbanding teksi terbang. Maka tidak mengejutkan antara syarikat yang paling aktif membangunkan dron tersendiri adalah Amazon dan DHL. Dengan dron bungkusan dapat dihantar dengan lebih pantas tanpa halangan kesesakan trafik dan tiadanya jalan raya yang sempurna.

Di Ghana, dron telah digunakan untuk menghantar vaksin Covid-19 ke kawasan terpencil. Penghantaran dron dari jenis Oxford AstraZeneca  dilakukan pada 2 Mac lalu di Oxford/AstraZeneca Mpanya yang terletak di daerah Ashanti. Penghantaran dilakukan menggunakan dron Zipline yang membawa 25 balang berisi vaksin.

Ia kemudiannya dijatuhkan menggunakan payung terjun. Lima jam selepas penghantaran, 250 individu telah berjaya menjalani proses imunisasi. Sebanyak 35 lagi penghantaran bekalan vaksin kemudiannya dilakukan menggunakan dron di Ghana.

Dengan ingin Ghana menjadi negara pertama dunia yang berjaya melakukan penghantaran bekalan vaksin menggunakan dron. Setiap dron Zipline mampu terbang sehingga 160 km dengan kelajuan mencecah 128 km/j dan berat kargo maksimum 1.75 kg.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd