Nokia G10 Melepasi SIRIM – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Mac 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia sebelum ini telah mengesahkan bahawa mereka bakal menggunakan nama baharu untuk model akan datang bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Menurut spekulasi awal, Nokia G10 bakal menjadi antara model terawal daripada barisan baharu mereka untuk siri Nokia G.

Nokia Bendera

Menurut laporan yang diterbitkan oleh NokiaPowerUser (NPU), peranti pintar ini didapati muncul dengan nombor model TA-1334. Apa yang menariknya lagi, ia juga dilihat telah tersenarai di laman pengesahan SIRIM Malaysia pada 9 Mac 2021 dan didaftarkan dengan nama pemohon Macpie Distribution Sdn Bhd. Ini sekaligus memberi bayangan bahawa kita bakal menyaksikan pelancarannya untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nokia bagaimanapun masih belum melancarkan peranti pintar ini secara rasmi buat masa ini. Namun mengikut spekulasi awal, ia mungkin hadir dengan skrin 6.4-inci, pemproses lapan teras, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Selain itu, ia juga dikatakan bakal hadir dengan sokongan kuad-kamera dengan sensor utama 48-Megapixel.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami