Google Doodle Menyambut Hari Kelahiran Dr. Wu Lien-teh – Pencipta Topeng Muka Untuk Tujuan Perubatan

Diterbitkan pada Mac 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akibat wabak COVID-19 yang sedang membelenggu dunia, penggunaan topeng muka telahpun meningkat ke tahap yang mendadak sejak awal tahun lepas.

Google Malaysia hari ini menyambut hari kelahiran Dr. Wu Lien-teh dengan sebuah Google Doodle untuk sumbangannya terhadap industri perubatan global. Tarikh lahir beliau ialah pada 10 Mac 1879.

Doktor kelahiran Pulau Pinang tersebut adalah diantara profesional perubatan yang bertanggungjawab untuk membantu membendung wabak pneumonia di Manchuria pada 1910-1911.

Apabila beliau sedang menyelidik wabak tersebut, beliau juga telah mencipta topeng muka untuk tujuan perubatan yang menggunakan gabungan lapisan kain kapas, dan kain kasa untuk menuras bakteria dan jangkitan daripada memasuki saluran pernafasan.

Ia boleh dikatakan bahawa topeng yang direka beliau adalah prototaip kepada topeng N95 yang kita digunakan sekarang, dan agak menakjubkan untuk mengetahui bahawa seorang anak Malaysia telah mencipta sesuatu yang digunakan orang ramai di serata dunia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami