WordPress Mempertimbangkan Untuk Menamatkan Sokongan Internet Explorer 11

WordPress Mempertimbangkan Untuk Menamatkan Sokongan Internet Explorer 11

Diterbitkan pada Mac 10, 2021 oleh .

WordPress kini mempertimbangkan untuk menamatkan sokongan untuk Internet Explorer 11. Cadangan ini hadir disebabkan oleh penggunaan pelayar web Internet Explorer dikalangan pengguna WordPress yang kurang daripada 1%.

Dengan WordPress yang kini meliputi penggunaan sekitar 40% web di seluruh dunia, perubahan ini dijangka akan memberikan impak meluas dikalangan ramai pengguna.

Sebelum ini, beberapa pihak sedia menamatkan sokongan untuk penggunaan pelayar web Internet Explorer – termasuk Microsoft sendiri. Malah, disebabkan oleh IE juga, sejumlah teknologi web tidak boleh digunakan, dan menamatkan sokongan untuknya akan membolehkan sejumlah fail dikecilkan lagi saiznya berbanding pada hari ini.

Buat masa ini, perkara ini masih dalam dibawah pertimbangan lagi, dan dijangka akan dibawa ke fasa seterusnya selepas melalui proses kelulusan sahaja.


Paling Popular