Instagram merupakan salah satu daripada rangkaian laman sosial yang sering menjadi tumpuan ramai untuk mereka berkongsi pelbagai kandungan secara atas talian. Sehingga kini, terdapat pelbagai fungsi menarik yang telah ditawarkan untuk menjadikannya lebih menarik digunakan oleh ramai.
Dalam perkembangan terkini, Instagram dilaporkan mula menguji kebolehan kapsyen automatik pada sokongan stories mereka. Melaluinya, terdapat satu pelekat baharu dipanggil “CC Caption” yang boleh ditambah pada sokongan stories. Ia kemudiannya akan menterjemahkan audio secara masa nyata dalam bentuk kapsyen. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan pilihan jenis tulisan menarik untuk kapsyen berkenaan. Namun begitu, tidak sepenuhnya audio yang diterjemah adalah tepat.

Buat masa ini, fungsi ini masih diperingkat pembangunan dan masih belum diketahui bilakah Instagram akan memperkenalkan ciri tersebut. Ia bagaimanapun, boleh dianggap sebagai satu hal yang positif – di mana, ciri ini akan membolehkan golongan OKU pendengaran serta penglihatan akhirnya dapat mendapatkan maklumat dengan mudah dari kandungan berbentuk audio kelak.