Beli Xiaomi Mi 11 Untuk Pengalaman Tontonan Yang Mengasyikkan – Hadiah Eksklusif Ditawarkan

Beli Xiaomi Mi 11 Untuk Pengalaman Tontonan Yang Mengasyikkan – Hadiah Eksklusif Ditawarkan

Diterbitkan pada Mac 20, 2021 oleh .

Telefon pintar terdiri daripada tiga kelas, iaitu telefon pintar kelas permulaan, telefon pintar kelas pertengahan, dan juga telefon pintar mercu. Namun, kelas-kelas telefon pintar ini juga hadir dengan kategori masing-masing, sama ada memfokuskan kepada produktiviti, kamera, gaming, paparan dan tontonan yang baik dan banyak lagi kategori lain. Xiaomi juga antara jenama pengeluar telefon pintar yang hadir dengan pelbagai jenis model daripada kelas dan kategori-kategori ini. Malah, baru-baru ini mereka telah melancarkan telefon pintar Xiaomi Mi 11 untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar ini merupakan sebuah peranti mercu yang memfokuskan kepada keupayaan paparan skrin dan fungsi yang dapat memberikan pengalaman menonton video yang lebih berkualiti.

Memandangkan telefon pintar ini memfokuskan kepada kehebatan skrin dan paparannya, jadi adalah lebih baik untuk kita lihat penawaran dari segi rekaannya terlebih dahulu. Skrin Xiaomi Mi 11 ini menggunakan panel AMOLED DotDisplay yang bersaiz 6.81 inci luasnya. Resolusinya pula adalah WQHD+ 1440 x 3200p dan menyokong warna 10-Bit HDR+ dengan kecerahan sehingga 1500 nits. Skrin telefon pintar ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz dengan masa tindak balas sentuhan sehingga 480Hz. Fungsi AdaptiveSync juga disertakan pada skrin telefon pintar ini yang memberi anda peluang untuk memilih kadar segar semula skrin daripada 30Hz ke 60Hz kemudian ke 90Hz dan 120Hz yang mana ia turut boleh digunakan dengan resolusi WQHD+. Malah, DisplayMate juga telah memberikan penilaian A+ untuk kualiti paparan Xiaomi Mi 11 ini. Jadi dengan rekaan skrin yang berkualiti ini, ia membolehkan anda untuk menikmati paparan yang lebih memuaskan dan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan.

Jika kita menonton tayangan video melalui telefon pintar, ciri lain yang memainkan peranan yang penting untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih mendalam adalah audionya. Oleh sebab Xiaomi memfokuskan kepada keupayaan tayangan video yang berkualiti pada model Mi 11 mereka, jenama pengeluar peranti ini telah bekerjasama dengaan Harman Kardon untuk menawarkan audio stereo yang berkualiti. Kekisi audio diletakkan pada bahagian atas dan bawah peranti untuk menghasilkan audio yang lebih seimbang sekaligus dapat memberikan kualiti audio yang sedap didengar apabila menonton tayangan video. Ia juga dapat memberikan pengalaman audio yang sinematik seolah olah menonton wayang tetapi dengan skrin mudah alih dan mudah untuk dibawa kemana mana.

Pada kebiasaannya, menonton tayangan video akan mengambil masa yang lama iaitu boleh mencecah sehingga 2 jam 30 minit masa penggunaan. Hal ini memberi impak kepada penggunaan bateri anda sekaligus akan menjadi panaas dan mengganggu pengalaman tontonan anda. Oleh sebab itu, Xiaomi menyertakan cip Snapdragon 888 pada telefon pintar Mi 11 mereka yang mana ia turut dipadankan dengan GPU Adreno 660. Cip ini hadir dengan rekaan 5nm yang dikatakan mampu untuk mengoptimasikan penggunaan kuasa yang lebih baik, melambatkan kenaikkan suhu telefon pintar dan secara keseluruhannya dapat membantu Xiaomi Mi 11 ini menjadi lebih berkuasa dan lebih lancar. Malah, keupayaan grafiknya juga dikatakan mampu untuk beroperasi 35% lebih laju dan prestasi keseluruhannya menjadi lebih 25% lebih baik. Jadi, dengan janaan cip Snapdragon 888 pada telefon pintar ini, ia tidak memberi anda masalah dari segi kualiti paparan dan prestasinya.

Tambahan pula telefon pintar ini menyertakan bateri dengan kapasiti sebesar 4600mAh yang mana ia menyokong tiga jenis pengecasan, iaitu menggunakan pengecasan berwayar GaN 55W Turbo Charge yang ditawarkan di dalam kotak pembelian. Xiaomi turut mengatakan bahawa melalui pengecasaan GaN ini, ia mampu untuk membuat pengecasan penuh dalam masa 45 minit. Cara kedua adaalah menggunakan pengecasan secara nirwayar 50W yang dikatakan boleh dicas penuh dalam masa 53 minit, selain pilihan untuk mengecas menggunakan pengecasan berbalik 10W. Dengan kapasiti bateri yang besar dan sokongan pengecasan yang ditawarkan ini, ia memberi anda peluang untuk menonton tayangan video dalam tempoh masa yang lebih lama.

Anda bukan sahaja mampu merasai pengalaman tontonan yang berkualiti, malah juga dapat menghasilkan rakaman gambar dan video dengana kualiti yang tinggi dan Xiaomi juga mengatakan kualiti rakamannya seumpama sama dengan kualiti seperti studio professional. Kamera Xiaomi Mi 11 ini dilengkapi dengan tri kamera yang dibina dengan sensor 108MP untuk rakaman utama, 13MP untuk sudut ultra lebar, 5MP untuk rakaman makro dan 20MP untuk kamera swafoto. Menurut Xiaomi, telefon pintar ini mampu untuk merakam video HDR10 dengan rakaman 8K 30FPS atau gerak perlahan 240FPS 1080p. Manakala rakaman swafotonya pula berkebolehan untuk merakam video beresolusi 1080p 60fps, video HDR, rakaman swafoto dengan mod malam atau video gerak perlahan 120fps 720p.

Bagi rakaman mod malamnya pula, telefon pintar ini mampu untuk menghasilkan rakaman malam yang lebih cerah dan tajam tanpa sebarang kesan hingar. Antara fungsi rakaman lain yang disokong oleh Xiaomi Mi 11 ini adalah Time Freeze, Magic Zoom, Freeze Frame Video dan Parallel World. Fungsi-fungsi ini juga dibantu dengan sistem kecerdasan buatan yang mampu merakam video dengan kesan visual yang menarik, kawalan manual seakan pro dan banyak lagi. Melalui fungsi-fungsi ini, ia memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan pelbagai rakaman dengan kesan khas tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.

Jadi sekiranya anda seorang yang gemar menonton tayangan video dan inginkan pengalaman tontonan yang mengasyikkan, Xiaomi Mi 11 adalah telefon pintar terbaik untuk anda. Ia bukan sahaja mempunyai paparan yang berkualiti, malah hasil rakamannya juga jitu dan menurut Xiaomi seolah-olah dirakam menggunakan kamera professional. Bagi anda yang berminat untuk dapatkan Xiaomi Mi 11 ini, ia telah mula dipasarkan di Malaysia hari ini, 20 Mac 2021 dengan dua pilihan model, iaitu pilihan memori 8GB bersama 128GB storan dalaman yang dijual pada harga RM2,799, dan pilihan memori 8GB bersama storan dalaman 256GB pada harga RM2,999.

Anda juga berpeluang untuk menerima hadiah eksklusif pakej premium untuk barangaan Mi AIoT bernilai RM1356 secara percuma sekiranya anda menjadi 100 pembeli yang pertama. Untuk mendapatkan hadiah eksklusif ini, anda hanya perlu lampirkan gambar swafoto yang dirakam menggunakan Xiaomi Mi 11 ini dengan resit pembeliannya dan hanya perlu hantarkannya pada laman web jualan Mi 11. Pihak Xiaomi juga menawarkan sebanyak 3500 unit Mi True Wireless Earphones Basic 2 yang bernilai RM139 secara percuma bagi pelanggan yang terawal membeli telefon pintar ini. Jadi, beli Xiaomi Mi 11 sekarang melalui pengedar-pengedar rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia bermula hari ini, dan dapatkan hadiah eksklusif daripada mereka sementara stok masih ada.

Layari: Kedai Atas Talian Xiaomi Di Lazada Untuk Maklumat Lanjut Xiaomi Mi 11

Penafian: Advertorial daripada Xiaomi Malaysia


TIPS & ULASAN