Xiaomi Mi 10S Dilancarkan – Sokong Cip Snapdragon 870, Skrin 90Hz, Pengecas 33W

Diterbitkan pada Mac 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Mi 10S akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran China. Ia merupakan model terkini daripada Xiaomi di bawah siri Mi 10. Dari segi reka bentuk, ia dilihat mempunyai rekaan yang mirip seperti Xiaomi Mi 10 Ultra sebelum ini. Namun begitu, masih terdapatnya perbezaan ketara dari segi penawaran spesifikasi dalaman.

Untuk spesifikasi, Xiaomi Mi 10S mempunyai skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz. Paparan ini turut mempunyai sokongan HDR 10+. Seterusnya, peranti pintar ini juga dilengkapi cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5), storan dalaman sehingga 256GB (UFS3.0) dan bateri berkapasiti 4,780 mAh dengan pengecasan 33W. Dalam pada itu, ia turut menyokong pengecasan nirwayar 30W dan pengecasan nirwayar berbalik 10W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan sensor 108-Megapixel (utama) + 13-Megapixel (Ultra-Lebar) + 2-Megapixel (kedalaman) + 2-Megapixel (makro). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 20-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6, pembesar suara stereo dengan sokongan Harman Kardon, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Lebih menariknya, peranti pintar ini juga menduduki tangga teratas dalam carta DxOMark untuk keupayaan audio. Untuk harga, Xiaomi Mi 10S dijual di China pada harga bermula CNY 3,299 (~RM2,090).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami