Cari @ Amanz

Dalam dunia SSD, Samsung ialah nama yang disegani kerana produk mereka pantas dan boleh diandalkan oleh pembeli. Tetapi seperti telefon mercu mereka, SSD kelas mercu Samsung ditawarkan pada harga yang tinggi hingga tidak mampu dimiliki semua. Hari ini Samsung 980 yang memasuki pasaran sebagai SSD mampu milik dengan kelajuan yang masih boleh dibanggakan.

Pertama sekali Samsung 980 boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding Samsung 980 Pro kerana ia tidak mempunyai DRAM pembina. Sebaliknya ia menggunakan 64MB dari DRAM CPU sebagai galang ganti. Oleh itu model dengan kapasiti 1TB mempunyai kelajuan membaca 3,500MB/s dan kelajuan menulis pula 3,000MB/s. Ini adalah lebih pantas berbanding SSD Samsung 970 Evo yang dilancarkan oleh mereka pada tahun 2018. Walau bagaimanapun ia masih di belakang kelajuan Samsung 980 Pro yang mempunyai kemampuan membaca 7,000 MB/s dan kelajuan menulis. 5,000 MB/s. 

Samsung 980 ditawarkan dalam tiga kapasiti iaitu 250GB, 500GB dan 1TB masing-masing pada harga $49.99 (~RM206), $69.99 (~RM288) dan $129.99 (~RM536) sekeping.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd