Cari @ Amanz

Adobe Photoshop Diperkenalkan Untuk Mac Dengan Apple Silicon

Oleh Aman

Link Copied!

Adobe hari ini mengumumkan pengenalan rasmi Adobe Photoshop untuk Mac yang menggunakan cip Apple Silicon. Buat masa ini, terdapat sejumlah Mac dijana cip Apple M1, termasuk MacBook Air, MacBook Pro dan juga Mac Mini.

Menurut Adobe, melalui pengenalan pengoptimasian khas untuk Apple Silicon ini, ia menawarkan prestasi Photoshop yang lebih pantas dan prestasi berkuasa berbanding sebelum ini.

Adobe mengatakan pengoptimasian dan operasi dengan pantas ini baru pada peringkat awal – dan dijangka akan ditambah-baik lagi dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, sebelum ini Adobe sedia menawarkan versi beta untuk M1, dan hari ini adalah pengenalan rasmi untuk versi stabil Photoshop untuk Apple Silicon.

Bagi anda yang menggunakan komputer Mac dijana Apple Silicon, boleh mencuba Adobe Photoshop yang dioptimasikan ini melalui Creative Cloud.


Komen ()