Cari @ Amanz

Apple kini dilaporkan mengurangkan pengeluaran iPhone 12 Mini untuk pertengahan pertama 2021 ini. Menurut Nikkei Asia, ia diperkatakan Apple telah mengurangkan pengeluaran sekitar 70% melibatkan model iPhone 12 Mini untuk pertengahan pertama 2021 ini.

Apple dikatakan telah mengurangkan tempahan sejumlah komponen yang spesifik untuk iPhone 12 Mini, dan lebih memfokuskan kepada model-model iPhone 12 yang lain.

Laporan baru ini sekaligus memperlihatkan permintaan untuk versi iPhone Mini tidak mencapai sasaran yang dijangka – sekaligus membawa kepada tempahan pengeluaran ini.

Apa pun, permintaan model iPhone 12 yang lain masih tinggi, dan Apple masih menyasarkan pengeluaran seperti biasa untuk versi lain.

Bagi anda sendiri, adakah anda meminati model versi “Mini”, atau lebih menyukai penawaran versi biasa?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd