Hiasi Ruang Tamu Dengan Hasil Seni Menggunakan Samsung The Frame

Hiasi Ruang Tamu Dengan Hasil Seni Menggunakan Samsung The Frame

Diterbitkan pada Mac 18, 2021 oleh .

Televisyen adalah salah satu peranti berteknologi tinggi dan rekaannya boleh dikatakan masih sama dari dahulu sehingga sekarang. Jika anda menginginkan televisyen dengan rekaan yang radikal, atau klasikal, Samsung ada jawapannya.

Penggunaan Radikal, Kemasan Klasikal 

Samsung The Frame dicipta bagi mengetengahkan kedua-dua faktor ini iaitu sebagai televisyen yang secara radikalnya digantung sebagai gambar moden yang klasikal di dinding. Penyatuan kedua-dua radikal dan klasikal ini melahirkan The Frame yang sangat cantik berbanding televisyen yang lain. Malah ia lebih dari sekadar televisyen, dimana pada saat ia tidak digunakan, ia boleh digunakan sebagai bingkai gambar.

Sebagai bingkai gambar sama seperti namanya, ia boleh digunakan untuk memaparkan gambar-gambar karya asli pelukis-pelukis ternama. Karya agung seperti pelukis ternama seperti Rubens, Monet, dan Cézanne boleh dipaparkan pada televisyen ini. Malah Samsung turut bekerjasama dengan galeri seni yang ternama di seluruh dunia seperti Museo del Prado, The Albertina, Saatchi Art, dan pelbagai galeri lagi yang kerap menawarkan karya terbaru, dan ini boleh menambah koleksi seni anda setiap masa.

Dengan Art Store versi terbaharu, mereka yang melihat gambar ini dapat melihat lebih banyak kandungan pada galeri ternama, dan terdapat juga paparan notifikasi yang baharu. Bagi melengkapkan pengalaman melihat televisyen ini sebagai pengalaman seni, ia hadir dengan rekaan seumpama bingkai, yang sangat nipis dan sekali pandang sememangnya menepati ciri-ciri seperti bingkai gambar. 

Untuk versi tahun ini Samsung The Frame hadir senipis 24.9mm dan 46% lebih nipis dari versi terdahulu. Dan jika rekaan bingkai yang sedia ada tidak memenuhi citarasa anda, terdapat pilihan ‘bingkai’ bagi membolehkan pengguna memilih kemasan bingkai televisyen ini. Pemilihan bingkai yang berlainan ini tidak akan mengubah ketebalan televisyen ini. Pengguna boleh memilih jenis moden dengan pilihan tiga jenis kemasan iaitu putih, coklat atau warna kayu jati, atau memilih bingkai jenis bucu-serong (beveled) yang tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Merah Bata atau Putih. Ini sekaligus boleh memadankan televisyen ini dengan bingkai gambar rumah anda yang tersedia ada. 

Spesifikasi Bingkai Gambar 4K 

Bagi mempamerkan gambar karya agung pada kualiti yang sangat tinggi, Samsung The Frame boleh memaparkan sehingga berbilion warna menggunakan teknologi QuantumDot pada paparan QLED yang dimilikinya. Paparan QLED ini juga mempunyai sudut pandang yang meluas, membuatkan gambar tampak lebih realistik. Ia juga dibantu oleh cip pemprosesan Quantum 4K, dibantu dengan teknologi Dual LED yang boleh mempamerkan kontras warna yang lebih baik. 

Dan paparan TV yang cantik, tidak seharusnya tidak dilengkapi dengan audio yang baik. Samsung The Frame menawarkan SpaceFitSound, yang membolehkan suara yang dijana dapat memenuhi ruang kediaman anda. Untuk kegunaan lain, ia boleh juga menyokong pilihan Mobile Mirroring yang boleh memaparkan peranti telefon anda terus kepada Samsung The Frame, dan turut menyokong pelbagai pembantu maya yang boleh dikendalikan menerusi arahan suara. Kesemua ini boleh dilakukan semudah menyentuhkan peranti anda kepada Samsung The Frame, menerusi pilihan tetapan ‘Tap View’ pada peranti, dan pengguna tidak perlu melakukan proses tambatan yang rumit seperti yang biasanya didapati pada televisyen lain.

Melengkapkan teknologi yang ada pada Samsung The Frame adalah alat kawalan jauh yang menggunakan tenaga solar. Pengguna tidak perlu risau akan kehabisan bateri disaat-saat ingin mengawal televisyen ini. Cukup sekadar meletakkannya dibawah cahaya, alat kawalan jauh berasaskan solar ini mampu menjimatkan 99 juta bateri AAA sepanjang penggunaan selama tujuh tahun. 


Bagi anda yang berminat dengan Samsung The Frame, pra-tempah dibuka bermula 15 Mac 2021 sehinggalah 28 Mac 2021. Anda boleh melakukan pra-tempah dengan dua pilihan model dibawah. Jika anda membeli secara atas talian pada kedai rasmi Samsung, ada juga pilihan berkas tertentu yang menyediakan pembesar suara.

  • Samsung The Frame 65” : RM 9,499
  • Samsung The Frame 55” : RM 6,999

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai televisyen ini, layari halaman rasmi Samsung Malaysia.

Beli: Pra-tempah Samsung The Frame

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN