HTC Melancarkan Vive Facial Tracker Untuk Vive Pro
HTC

HTC Melancarkan Vive Facial Tracker Untuk Vive Pro

Diterbitkan pada Mac 11, 2021 oleh .

Penggunaan peranti realiti maya masih agak rendah tetapi bagi mereka yang benar-benar serius untuk mempunyai avatar dalam dunia fantasi, set lengkap VR adalah satu keperluan. Kekurangan yang wujud pada waktu ini ialah avatar maya yang tidak boleh memaparkan emosi sebenar di wajah pengguna. Semalam HTC telah melancarkan Vive Facial Tracker yang membawa ekspresi wajah dunia sebenar ke dunia maya.

Vive Facial Tracker direka untuk Vive Pro sahaja dan tidak boleh pula pada Vive Cosmos yang lebih baru. Ia melekap pada bahagian bawah plat muka Vive Pro dengan sambungan kepada peranti menerusi port USB-C. Peranti ini dilengkapi sepasang kamera yang menjejak pergerakan bahagian bawah muka pada kadar 60Hz. Terdapat sebuah pemancar infra merah yang membolehkan bahagian wajah dijejak walaupun dalam situasi gelap. Sebanyak 38 ekspresi wajah boleh dikesan menggunakan Vive Facial Tracker. Vive Facial Tracker dijual pada harga $130 (~RM536) sebuah bermula 24 Mac.


Paling Popular