Peranti Skrin Boleh-Lipat Xiaomi Mungkin Menggunakan Rekaan Engsel Mirip Galaxy Z Fold

Diterbitkan pada Mac 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi telah mempatenkan banyak rekaan peranti boleh-lipat termasuk rekaan seakan Galaxy Z Fold yang lipat ke dalam. Ada juga versi dengan kamera pop-naik dan mungkin peranti berinovasi ini akan dijual pada harga sekitar RM4000. Xiaomi juga dilaporkan akan hadir dengan versi seakan Z Flip dan peranti boleh-lipat Xiaomi ini dikatakan akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Tetapi bulan Mac sudah tiba, bilakah peranti ini akan tiba?

Bulan Januari lalu, imej sebenar peranti boleh-lipat Xiaomi jenis lipat ke dalam seakan Z Fold telah tertiris. Peranti ini dilihat adalah prototaip kerana dilindungi dengan kerangka yang tebal untuk melindungi rekaan sebenar dan masih menjalankan MIUI 12. Terkini, bukan rekaan sahaja yang Xiaomi pinjam dari Samsung – tetapi menurut Digital Chat Station engsel juga dikatakan akan menggunakan rekaan yang lebih kurang sama.

Peranti ini mungkin akan dilancarkan sebagai peranti Mi MIX baharu, yang mana sudah dua tahun tiada siri MIX diperkenalkan selepas MIX Alpha dibatalkan. Skrin dikatakan adalah OLED dari Samsung dengan saiz panel 6.38-inci di luar dan 8.03 inci di dalam. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami