Huawei Malaysia kini mengacah pengenalan komputer desktop mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MateStation S.
Untuk makluman, ia merupakan komputer desktop Huawei MateStation S ini hadir dengan cip AMD Ryzen 5 4600G, selain pada masa yang sama menawarkan rekaan kompak, dan akan ditawarkan bersama panel paparan 23.8-inci untuk pasaran Malaysia.

Huawei turut mengatakan ia hadir dengan storan berasaskan SSD, selain memori DDR4 3200Mhz. Disamping itu, papan kekunci yang ditawarkan bersama tuurt menyertakan pengimbas cap jari secara terbina.
Buat masa ini, Huawei Malaysia hanya sekadar mengacah, dan tidak mengumumkan lagi tarikh pelancaran dan harga jualannya lagi.