Cari @ Amanz

Huawei Malaysia dilihat bakal memperluaskan lagi penawaran tablet keluaran meraka untuk pengguna di Malaysia. Model yang bakal diperkenalkan kelak adalah Huawei MatePad 10.4 dan ianya dikatakan hadir dengan sejumlah penambahbaikan lebih menarik. Ia juga merupakan tablet memfokuskan produktiviti.

Untuk spesifikasi, tablet ini akan dilengkapi skrin bersaiz 10.4-inci IPS dengan resolusi 2000 x 1200 piksel. Ia juga menggunakan cip HiSilicon Kirin 820, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 7,250mAh. Seterusnya, ia turut menggunakan sensor sebesar 8-Megapixel untuk kedua-dua belah kamera hadapan dan belakang. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6 dan sebagainya.

Buat masa ini, Huawei masih berteka-teki mengenai harga jualan dan tarikh pelancaran rasmi untuk tablet ini. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd