Cari @ Amanz

Cip pemprosesan Apple M1 berdasarkan ARM dilihat sebagai salah satu pencapaian teknologi silikon terbaik tahun lepas, melangkaui jangkaan semua orang dari segi prestasi dan kecekapan dan memperlihatkan Apple boleh membangunkan semua teknologi mereka sendiri tanpa bantuan syarikat-syarikat lain.

Apple kini dilaporkan bahawa mereka akan melaburkan sebanyak $1.2 bilion (~RM4.8 bilion) untuk membina sebuah pusat penyelidikan teknologi silikon di Munich, Jerman. Pusat pembangunan dan penyelidikan silikon ini akan dibangunkan dalam masa tiga tahun, dimana ia akan menyelidik pembangunan cip rangkaian 5G dan sebagainya, dan akan dinamakan European Silicon Design Center.

Apple turut berkongsi gambar olahan yang memperlihatkan rekaan bangunan ini.

Ini mungkin bermakna bahawa kerjasama diantara Apple dan Qualcomm akan berakhir dalam masa beberapa tahun lagi, dan Apple akan memanfaatkan paten-paten modem 5G yang dibeli daripada Intel sebelum ini secara sepenuhnya di peranti-peranti mereka, seperti iPhone dan iPad.

Pusat penyelidikan ini juga bukanlah yang pertama di Munich untuk Apple. Malah, pusat kejuruteraan Apple yang terbesar terletak di negeri Jerman tersebut juga. Mereka menggaji 1500 jurutera untuk melakukan pelbagai tugas, seperti penyelidikan teknologi bateri dan penggunaan komponen parti ketiga didalam peranti-peranti Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd