Cari @ Amanz

Semalam kami ada melaporkan bahawa Sonos telah melancarkan pembesar suara tahan lasak terbaru mereka, iaitu Sonos Roam yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru dan juga kualiti audio yang sangat baik untuk sebuah pembesar suara bersaiz padat.

Selepas acara pelancarannya semalam, Sonos juga telah memperlihatkan tanda harga pembesar suara ini, iaitu $169 ataupun sekitar RM695. Hari ini, Lowyat.Net telah melaporkan bahawa TC Acoustics, syarikat pengedar Sonos di rantau Asia telah mengumumkan harga tempatan untuk pembesar suara ini.

Menurut laporan tersebut, Sonos Roam akan tiba di pasaran tempatan pada 21 April kelak, dan akan dijual pada harga RM1099. Tanda harga ini adalah sekitar RM300 lebih tinggi berbanding dengan harga asalnya. Ini mungkin kerana harga import pembesar suara yang agak tinggi khususnya kerana wabak COVID-19 yang menyukarkan pengimportan peranti, ataupun jumlah pembesar suara yang dibawa masuk adalah sedikit.

Walaupun begitu, kini kita tahu bahawa Sonos Roam ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan kelak, dan boleh dibawa bersama-sama anda untuk pelbagai jenis aktiviti lasak, tidak kira di pantai, bukit, gunung ataupun laut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd