Apple iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Bateri Bersaiz Lebih Besar

Apple iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Bateri Bersaiz Lebih Besar

Diterbitkan pada Mac 11, 2021 oleh .

Apple dijangka memperkenalkan Apple iPhone 13 pada tahun ini, sekitar bulan September kelak. Beberapa info berkenaan dengannya telah mula dispekulasikan, dan kini salah satu penganalisa popular, Ming-Chi Kuo mengatakan iPhone 13 kelak akan menawarkan bateri berkapasiti lebih besar berbanding dengan siri iPhone 12 pada hari ini.

Apple dijangka menjayakan perkara ini melalui rekaan yang menjimatkan ruangan baru – sekaligus memberikan ruangan bateri berkapasiti lebih besar dimuatkan.

Perkara ini sekaligus secara tidak langsung dijangka akan membuatkan iPhone 13 sedikit berat berbanding iPhone 12.

Penggunaan bateri berkapasiti besar ini juga dijangka akan melengkapkan lagi kebolehan iPhone 13 digunakan untuk tempoh yang lebih kurang sama – selari dengan desas-desus mengatakan ia akan menawarkan skrin dengan kadar segar semula tinggi melaluinya kelak.


Paling Popular