Facebook Akan Mula Paparkan Iklan Pada Video Sependek Seminit

Facebook Akan Mula Paparkan Iklan Pada Video Sependek Seminit

Diterbitkan pada Mac 11, 2021 oleh .

Facebook pada hari ini memerlukan penerbit kandungan memuat-naik video sekurang-kurangnya sepanjang 3 minit sebelum ia memaparkan iklan – sekaligus membolehkan penerbit kandungan menjana pendapatan melaluinya.

Apa pun, hari ini, perkara berkenaan berubah. Facebook mengatakan, mereka kini akan mula memaparkan iklan pada video pendek – sependek seminit.

Dengan perubahan ini, iklan akan dipaparkan selepas 30 saat video dimainkan, dan membolehkan penerbit kandungan menjana pendapatan melalui kandungan pendek mereka.

Facebook turut akan bereksperimen dengan paparan iklan pada Facebook Stories, yang kelihatan seumpama sebuah “Sticker”, sekaligus turut memaparkan iklan dalam bentuk baru pada bahagian Stories.


Paling Popular