Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa akibat tamatnya tempoh kontrak diantara Spotify dan Kakao M, sejumlah besar lagu artis-artis Korea dari label muzik tersebut tidak lagi boleh dimainkan di platform penstriman tersebut.

Kami turut melaporkan bahawa Spotify dan Kakao M telah menemui kata sepakat, dan sekali lagi lagu-lagu daripada artis KPop seperti Epik High, IU, GFriend, Nu’est dan sebagainya akan boleh dimainkan semula melalui platform penstriman audio popular tersebut.

Nampaknya Spotify sudahpun mengaktifkan semula senarai lagu artis-artis ini, dan ia boleh didengari semula sekarang tanpa masalah.

Bukan itu sahaja, Spotify juga nampaknya telah menerima kebenaran untuk menstrim lagu artis-artis Kakao M ini di Korea Selatan juga, dimana sebelum ini ia hanya boleh dimainkan melalui platform Kakao M sendiri yang dinamakan MelOn. Ini juga berita menarik kerana anehnya, Spotify nampaknya hanya dilancarkan secara rasmi di pasaran tersebut pada 1 Februari tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd