Cari @ Amanz

Terlalu banyak perkhidmatan penstriman di pasaran sekarang sehingga ramai yang mengambil jalan pintar berkongsi kata laluan dengan teman rapat. Anwar melanggan Netflix, Najib melanggan Prime Video, Lim melanggan Mubi dan Mahiaddin melanggan Apple TV+. Tetapi teknik penjimatan bijak ini telah disedari Netflix sejak sekian lama dan kini mereka akhirnya memberikan amaran apabila mengesyaki anda mungkin berkongsi kata laluan walau tidak tinggal sebumbung.

Menurut laporan Streamable, sesetengah pengguna mula menerima amaran yang mengatakan jika mereka tidak duduk dengan pemilik akaun, mereka perlu mempunyai akaun tersendiri. Kemudian mereka ditawarkan penggunaan percuma selama 30 hari. Untuk mengesahkan akaun adalah milik mereka, kod akan dihantar ke emel dan SMS. Pada waktu ini amaran hanya diterima pengguna televisyen pintar sahaja. Langkah ini diambil kerana sejak bertahun-tahun lamanya perkongsian akaun ini dilakukan. Dengan perang penstriman semakin hangat, amalan ini tidak lagi boleh dimaafkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd