Rekaan Penuh iQOO Neo5 Diperlihatkan Dalam Video Promosi Pendek

Rekaan Penuh iQOO Neo5 Diperlihatkan Dalam Video Promosi Pendek

Diterbitkan pada Mac 12, 2021 oleh .

iQOO kini dalam persediaan untuk pengenalan sebuah lagi peranti baharu. Dikenali sebagai iQOO Neo5, peranti pintar ini akan diperkenalkan secara rasmi pada minggu hadapan – iaitu 16 Mac 2021. Sejumlah spesifikasi utama pada peranti telah disahkan menerusi beberapa perkongsian sebelum ini – di mana, ia akan dilengkapi skrin 120Hz, cip Snapdragon 870, storan berasaskan UFS 3.1 dan pengecas 66W.

Kali ini, peranti pintar ini telah diperlihatkan dalam beberapa video promosi ringkas. Ia memaparkan peranti pintar ini bakal hadir dalam kemasan bewarna biru. Dalam pada itu, video-video pendek berkenaan turut mendedahkan rekaan penuh pada peranti – di mana, ia dilengkapi panel belakang dengan modul kamera berbentuk segi empat dengan lensa utama yang disusun secara menegak. Turut kelihatan, terdapatnya sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang pada bersebelahan dengan lensa utama.

Buat masa ini, masih tidak diketahui mengenai tetapan kameranya. Namun mengikut spekulasi awal, ia mungkin dilengkapi sensor utama 48-Megapixel (Sony IMX589) dengan sokongan OIS. Tidak ketinggalan, ia juga dipercayai menggunakan sensor ultra-lebar sebesar 13-Megapixel dan 2-Megapixel pula untuk makro.

Melalui video tersebut juga, kita dapat lihat bahagian hadapan iQOO Neo5 menggunakan paparan berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto dengan lensa tunggal. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.


Paling Popular