Nampaknya bukan sahaja Oppo Find X3 Pro, Find X3 Neo dan Find X3 Lite sahaja yang diperkenalkan. Sebaliknya, Oppo turut hadir dengan Oppo Find X3 bersama-sama dengannya. Secara kasarnya, spesifikasi pada Oppo Find X3 kelihatan hampir sama seperti versi pro. Perbezaan ketara hanya pada sokongan cip pemproses dan memori. Di mana, Oppo Find X3 menggunakan cip Snapdragon 870 dan memori sebesar 8GB RAM.

Untuk spesifkasi khusus, Oppo Find X3 dilengkapi paparan bersaiz 6.7-inci AMOLED dengan resolusi 3216 x 1440 dan kadae segar semula mencecah 120Hz. Selain daripada cip Snapdragon 870, ia turut dibantu oleh memori 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman sehingga 256GB (UFS3.1). Kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 65W. Pada masa sama, ia turut menyokong pengecasan nirwayar AirVOOC 30W.
Tetapan kamera utama terdiri dengan 50-Megapixel (sudut-lebar) (Sony IMX766) + 50-Megapixel (sudut ultra-lebar) (Sony IMX766) + 13-Megapixel (f/2.4) (telefoto) + 3-Megapixel (mikro) (f/3.0). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel (f/2.4). Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada paparan, antaramuka ColorOS 11.2 berasaskan Android 11, Bluetooth 5.2 dan sebagainya. Untuk harga, Oppo Find X3 dijual di China pada harga bermula CNY4,499 (RM2,855).