Cari @ Amanz

Empat tahun yang lalu Apple mula memasang iPhone SE di India sebagai langkah mengurangkan cukai yang dikenakan ke atas peranti yang diimport dari China untuk pasaran tempatan. Sedikit demi sedikit, India yang pada awalnya dilihat sebagai kilang sekunder produk Apple mula memasarkan peranti yang lebih terkini. Apple telahpun mengesahkan iPhone 12 telah mula dikilangkan di India.

Pengeluaran dipercayai dilakukan di kilang Foxconn yang terletak di Tamil Nadu. iPhone 12 yang dihasilkan adalah untuk jualan tempatan dengan perancangan untuk menghasilkan lebih banyak unit untuk dieksport. Sejak perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat semakin hangat, Apple secara perlahan-lahan mula memindahkan pengeluaran peranti keluar dari China bagi mengelak peningkatan tarif import. Ia juga memastikan pengeluaran peranti tidak terjejas akibat bencana alam seperti pandemik tahun lalu dimana kesemua kilang di China ditutup.

Proses pemindahan tidak berlaku dengan lancar di India dengan insiden rusuhan melibatkan buruh di kilang milik Winstron mengakibatkan kontrak mereka digantung sementara oleh Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd