Sebelum ini, ZTE telah mengacah kehadiran peranti baharu di bawah diri S yang bakal memfokuskan kepada keupayaan kamera. Dalam perkembagan terkini, jenama ini dilihat berkongsi lanjut mengenainya dengan mengesahkan model berkenaan akan dikenali sebagai ZTE S30 Pro kelak.

Dalam pada itu, mereka turut mengesahkan dua spesifikasi utama padanya yang mana ia bakal dilengkapi skrin OLED dengan kadar segar semula 144Hz. Bukan itu sahaja, peranti pintar ini turut menawarkan sokongan kamera swafoto sebesar 44-Megapixel. Namun begitu, rekaan pada panel hadapan peranti masih kekal menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
Melaluinya juga, kita boleh lihat ZTE S30 Pro menggunakan panel belakang dengan kemasan warna cerun dan sokongan modul kamera berbentuk segi empat. Pada masa sama, ia turut menampilkan sistem kuad-kamera utama bersama-sama dengannya. Turut kelihatan, perkataan ‘Super Quad Camera 64MP’ pada modul berkenaan – sekaligus memberi bayangan bahawa sensor utama untuk peranti ini adalah 64-Megapixel.

Buat masa ini, itu sahaja yang diketahui berkaitan spesifikasi pada peranti. ZTE juga masih tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh pelancaran rasmi dan kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat berkaitan peranti akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.