Google Mungkin Memulakan Pengeluaran Peranti Pixel Di India Bermula Dengan Pixel 5a

Google Mungkin Memulakan Pengeluaran Peranti Pixel Di India Bermula Dengan Pixel 5a

Diterbitkan pada Mac 12, 2021 oleh .

Sebagai langkah mengurangkan cukai yang dikenakan ke atas peranti yang diimport dari China untuk pasaran tempatan. Sedikit demi sedikit, India yang pada awalnya dilihat sebagai kilang sekunder produk Apple mula memasarkan peranti yang lebih terkini. Apple telah pun mengesahkan iPhone 12 telah mula dikilangkan di India. Google kini dilihat ingin melalukan hal yang sama.

Pixel 5 dan Pixel 4a 5G tidak dipasarkan di India tahun lalu kerana harga yang mahal dan 5G yang tidak boleh digunakan di negara sana. Menurut sumber, Pixel 4a menerima maklum balas yang baik dan ingin menggandakan sebanyak dua kali pasaran Pixel di India. Dengan pengeluaran peranti terus dari kilang di India, bukan sahaja kos pembuatan boleh jimat – malah harga jualan juga adalah lebih murah. Pixel 5a mungkin akan menjadi peranti pertama dihasilkan di negara ini, yang mana mungkin akan dilancarkan sekitar bulan Jun kelak.


Paling Popular