Realme Mengacah Pengenalan Realme 8 Pada 24 Mac

Realme Mengacah Pengenalan Realme 8 Pada 24 Mac

Diterbitkan pada Mac 14, 2021 oleh .

Realme kini telah menerbitkan sebuah video acah ringkas, yang memperlihatkan mereka akan memperkenalkan penawaran terbaru dibawah siri Realme 8 seawal 24 Mac 2021 ini.

Mengikut apa yang diketahui sebelum ini, Realme dijangka memperkenalkan dua variasi, iaitu Realme 8 dan juga Realme 8 Pro. Versi Pro juga dijangka hadir dengan kamera dengan sensor sebesar 108-megapixel.

Realme dijangka akan memperkenalkan Realme 8 ini di India terlebih dahulu sebelum memperkenalkan ia di negara-negara lain, termasuk Malaysia.

Apa pun, sama-sama kita nantikan 24 Mac ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Realme.


Paling Popular